Sunday, January 23, 2011

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia-Sains

Sains merupakan bidang keilmuan hasil daripada usaha manusia untuk mencari penerangan yang rasional tentang alam. Kepentingan sains dalam sistem pendidikan menengah di Malaysia dijelaskan di dalam Jadual Subseksyen 18(2) Akta 550 (Akta Pendidikan 1996) di mana mata pelajaran Sains adalah merupakan mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah. Kepentingan mata pelajaran Sains ini direalisasikan melalui usaha Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan peruntukan tahunan perkapita mata pelajaran (per capita grant, PCG), pembinaan Makmal Sains di  sekolah serta latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan guru Sains dan kakitangan Makmal Sains. Selain itu, selaras dengan perkembangan teknologi semasa, peralatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) seperti komputer, koswer dan projektor LCD telah dibekalkan ke semua sekolah untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains.
Klik imej untuk download