Sunday, January 16, 2011

Berita Harian bertarikh 27 Disember 2010 – PEMBANTU MAKMAL GRED C17 MINTA PEMBELAAN SEWAJARNYA

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Pembantu Makmal C17, Skudai, Johor, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 27 Disember 2010 – Pembantu makmal Gred C17 minta pembelaan sewajarnya.
 
Untuk makluman, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2004 jelas menerangkan bahawa:-
 
  • Pegawai Penilai Pertama (PPP)
Pegawai atasan atau penyelia terdekat kepada Pegawai Yang Dinilai (PYD) dan mempunyai hubungan kerja secara langsung atau yang mengawasi kerja PYD.
  • Pegawai Penilai Kedua (PPK)
Pegawai atasan yang terdekat kepada PPP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. Jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian bolehlah dibuat oleh PPP sahaja.
 
Sehubungan itu, berdasarkan takrifan PPP dan PPK di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2004, PPP dan PPK bagi Pembantu Makmal Gred C17 adalah seperti berikut:-
  • PPP: Pembantu Makmal Gred C22 selaku pegawai yang menyelia Pembantu Makmal Gred C17.
  • PPK: Guru Bidang Sains selaku pegawai atasan yang terdekat kepada PPP.
Sekiranya tiada jawatan Pembantu Makmal Gred C22 maka penilaian bolehlah dibuat oleh Guru Bidang Sains selaku PPP.
 
Pemberian sesuatu elaun dan insentif adalah berasaskan kriteria-kriteria tertentu seperti kepakaran, kemahiran, kepentingan sesuatu perkhidmatan, bayaran balik perbelanjaan, tanggungjawab tambahan, kos sara hidup, risiko kerja, kesusahan, galakan, dan keanehan tugas atau perkhidmatan. Oleh yang demikian, cadangan pemberian elaun kepada Pembantu Makmal perlu diteliti berasaskan kepada kriteria yang dinyatakan selain mengambil kira pelbagai faktor yang berkaitan.
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA